SEJARAH

Sejarah Pusat Sumber Sk Buit Hill.



Hasil permuafakatan kampung-kampung berdekatan yang diketuai oleh OKK Lajunga dan Ketua anak Negeri OKK Ewan Empok, maka persetujuan dicapai agar sebuah sekolah Melayu dibina, untuk memenuhi keperluan pelajaran anak-anak pada masa itu.
Atas usaha tersebut, maka pada tahun 1939 berdirilah sebuah sekolah dengan kos ditanggung kerajaan sepenuhnya. Sekolah tersebut dibina di Kampung Buit Hill dengan nama Government Primary School Buit Hill Putatan.

Setelah negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Buit Hill Putatan. Apabila negara maju setapak memperjuangkan kedaulatan bahasa kebangsaan, maka Sekolah Rendah Kebangsaan Buit Hill sekali lagi bertukar kepada Sekolah Kebangsan Buit Hill Putatan sehingga ke hari ini.

Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya terdiri daripada bangunan tanpa tiang yang berlantaikan simen dan dinding bercat hitam. Bangunan ini hanya memuatkan dua bilik darjah. Apabila mula operasi pada Febuari 1939, sekolah ini diterajui oleh seorang Guru Besar dan seorang guru penolong dengan 20 orang murid.

Kemasukan murid pada masa itu dianggap unik kerana pengambilan adalah berdasarkan saiz fizikal dengan ketinggian sekurang-kurangnya 3.5 kaki.

Walaupun hidup dalam sosioekonomi yang tidak menentu, pihak sekolah pada masa itu amat menitikberatkan kesihatan pelajarnya. Atas dasar itulah pihak sekolah melaksanakan rancangan minuman susu. Penduduk kampung bersetuju bergilir-gilir menghantar kerbau ternakan mereka ke sekolah untuk diperah susunya. Perahan ni dimasak dan kemudian diagih-agihkan kepada 20 orang murid sebagai minuman berkhasiat.

Setelah jumlah murid berkembang pesat, akhirnya lima buah bangunan baru dibina menggantikan bangunan asal yang dirobohkan. Bangunan baru ini terdiri daripada 13 bilik termasuklah bilik darjah, bilik guru, bilik Guru Besar dan sebuah stor.

Fizikal
            Sekolah ini terletak di atas bukit dan hampir dikelilingi sawah padi dan rumah kampong. Ada seramai 446 orang murid, 33 orang guru (termasuk  Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Kurikulum Penolong Kanan Hem dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, 5 orang Bukan Guru  4 orang  pembersih (pekerja swasta) dan 4 orang jaga (pekerja swasta), Kawasan sekolah 7 ekar, mempunyai 14 buah bilik darjah ( termasuk Pra-sekolah,bilik pusat sumber, sebuah  makmal computer (belum berfungsi), sebuah bilik kelas pemulihan (di ujudkan sendiri ),  sebuah bilik kaunseling sebuah dewan dan kantin, surau ( sudah uzur) bilik SPBT, stor sukan, bilik cetak. Pelajar terdiri dari suku kaum Melayu, Brunei, Bajau, Dusun, Pakistan, Cina  dan lain-lain. Pekerjaan penduduk disini ialah bekerja sendiri,  kakitangan kerajaan dan swasta. Sekolah ini menjalankan persekolahan satu sidang (pagi sahaja)  
                       













 

No comments:

Post a Comment